Sociable

Thursday

Buku Ilmiah Bahasa Melayu Dulu Lembap Kini Bakal Segar Semula

Keputusan kerajaan Malaysia untuk menghentikan PPSMI (pengajaran dan pembelajaran sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris) memang saya sudah jangka jika saya lihat daripada kaca mata seorang pengkaji dalam bidang penerbitan buku seperti saya.

Pelaksanaan PPSMI ini jangka panjang akan membunuh kegiatan intelektual dalam Bahasa Melayu.

Dalam tesis Sarjana Pengajian Penerbitan saya yang saya siapkan pada 2005, saya telah membuat kajian tentang "Penerbitan Buku Ilmiah dan Pengajian Tinggi Berbahasa Melayu: Kajian Masalah dan Masa Depannya di IPTA Malaysia.

Salah satu sebab yang saya gariskan akibat daripada masalah di atas adalah sikap kerajaan Malaysia yang mengubah secara tiba-tiba bahasa pengantar di sekolah dan universiti kepada Bahasa Inggeris pada tahun 2003. Perubahan polisi secara tiba-tiba/mengejut ini menyebabkan buku-buku ilmiah Bahasa Melayu tidak laku dan tidak diterima sebagai buku teks utama.

Pelaksanaannya PPSMI di sekolah tetapi kenapa kesannya di universiti? kenapa? sebab ramai pembuat keputusan di universiti adalah 'kaki bodek'. Apabila Tun Dr Mahathir membuat keputusan demikian, maka berlumba-lumbalah para Naib Canselor mengubah dasar mereka supaya selaras dengan polisi BI ketika itu..nampak?

Hasil kajian saya pada tahun 2005 (dua tahun selepas pelaksaannya) mendapati:
- 57% kursus di IPTA menggunakan bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar
- 91% kursus di IPTA tidak sudi menggunakan buku ilmiah bahasa Melayu tempatan

Bagi kegunaan buku pula:
- 57% menggunakan buku-buku teks import
- 16% menggunakan bahan-bahan dari internet/jurmal
- 12% menggunakan buku-buku Inggeris tempatan

Hanya 15% yang masih menggunakan buku-buku Bahasa Melayu tempatan, itupun kursus-kursus sastera, kesusasteraan, bahasa asing, dan fakulti-fakulti pengajian agama.

Jadi kesannya, penerbitan buku intelek/ilmiah dalam Bahasa Melayu akan layu dan mati akhirnya.

Jadi keputusan yang baru ingin 'balik ke pangkal jalan' ini mungkin sedikit sebanyak akan merancakkan balik penerbitan buku ilmiah bahasa Melayu, kenapa?

Sebab di sana ada banyak 'kaki bodek' tadi.. untuk menunjukkan bahawa mereka menyokong usaha kerajaan mendaulatkan bahasa Melayu.. tak lama lagi kebanyakan kursus di IPTA akan bertukar bahasa pengantarnya dalam bahasa Melayu.. tak percaya tengoklah!

wahai DBP..siap-siaplah mengaktifkan semula bahagian Pengajian Tinggi anda.

No comments: